02 October 2013

Ungkapan "Hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan aku ini"

Salam,

Aku amat,amat suka sekali akan ungkapan ini. Kenapa? Ia kerana, pada diriku, ia benar. Perasaan aku ini susah untuk aku luahkan dengan benar untuk orang disekelilingiku faham. Ramai yang selalu salah faham. 

Ada masanya, aku rasa teramat sangat sunyi. Memang aku dikelilingi orang selalu, tetapi aku rasa hati aku sunyi. Aku tidak pernah rasa berkasih-kasihan, sayang-menyangi dah segalanya yang seiras dengannya. 

Sejak adikku Faiz pergi untuk menjalankan perkhidmatan negaranya, aku rasa lebih kosong. Dia seorang sahaja lelaki yang terdekat bagi aku untuk aku rasa selamat dan terlindung. Aku memang tidak rapat dengan adik aku Faizal dan ayahku. Mungkin kerana kita berbeza dengan cara pemikiran dan perangai. Untuk Faiz pula aku faham dia dan teramat rapat dengan dia. Sakit pedih yang dia lalui dulu dengan bekas teman wanita dia pun aku kadang-kadang boleh merasakannya. Dia juga seorang yang menyedarkan aku tentang pentingnya Allah swt dalam hidupku. Aku harap dia akan sentiasa kuat dan tabah untuk menjalani dua tahun ini. Selepas dua minggu di kem dia pulang dan aku boleh lihat betapa dia rindu akan kami sekeluarga. Aku juga dapat lihat yang dia betul berat hati untuk meninggalkan rumah ini untuk memasuki kem kembali. 

Aku rasa, aku lebih rasa kehilangan dengan tiada Faiz untuk aku berkongsi cerita. Di saat-saat ini juga aku terfikir untuk adakan seseorang teman hidup yang aku boleh berkongsi kasih dah cerita. Lalu aku ingat yang aku tidak pernah mendapat peluang untuk mengenal dan menemui lelaki yang boleh ku buat teman. Aku ada banyak teman lelaki, tapi kebanyakkan dari mereka anggap aku sebagai seorang kawan sahaja. Nanti pula kalau mencari, orang kata apa pula. Kadang kala aku penat juga kerana aku banyak rasa kesepian. Mulut kata lain, hati kata lain. Sudah tidak terkeruan diriku ini. 

Sedang aku melayari app Instagram aku terlihat satu foto ini, ia bukan gambar tapi ayat-ayat dari Al-Quran. Sejak hari itu, aku tidak berhenti melafazkannya setelah aku tau apa maksud ayat itu. 

Hasbi Rabbi Jallallah- Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung
Mafi Qalbi Ghairullah - Tiada didalam Hatiku kecuali Allah swt

Dengan ini dua ayat aku sedar, aku harus betul-betul ikhlas menerima segalanya yang aku ada dan aku harus cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Hati aku memang sakit, sakit yang teramat sangat hanya Allah swt sahaja yang faham hatiku dan DIA sahaja yang mendengar tangisan dan rintih hatiku ini. Aku bersyukur yang aku sering diberi petunjuk dariNYA untuk sabar, redha dan bersyukur. InsyaAllah...aku bukan sempurna tetapi aku boleh memperbaiki diriku ini untuk menjadi yang terbaik. Amin InsyaAllah.

Salam Sayang,
Filzah

No comments: